Pergi ke kandungan

Sistem pengendalian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sistem pengendalian (OS) ialah perisian sistem yang menguruskan perkakasan komputer dan sumber perisian, dan menyediakan perkhidmatan biasa untuk program komputer.[1]

Contoh sistem pengendalian

[sunting | sunting sumber]

Pengelasan dan istilah

[sunting | sunting sumber]

Sistem pengendalian, secara konsep, boleh dipecahkan kepada 3 komponen utama:

  • Antara muka pengguna
  • Sistem utiliti tahap rendah (low-level system utilities)
  • Inti/kernel

Antara muka pengguna

[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua bentuk antara muka pengguna, iaitu antara muka grafik (GUI) dan antara muka baris perintah (CLI). Antara muka pengguna juga dikenali sebagai cangkerang komputer.

Inti ialah nadi sistem pengendalian yang berhubung terus kepada perkakasan komputer.

Berikut adalah rajah ringkas perhubungan komponen-komponen di atas:

Perkakasan <-> Inti <-> Cangkerang <-> Gunaan

Ideologi di sebalik inti termasuk inti monolitik, mikrokernel, dan eksokernel. Sistem komersil seperti UNIX, Windows, dan Linux mengguna sistem inti yang monolitik. Sistem yang lebih moden seperti QNX, BeOS, dan Windows NT menggunakan sistem mikrokernel. Komputer Terbenam mengguna sistem eksokernel.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. https://arxiv.org/pdf/2411.17710 Operating System research article

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]