RSS Amplifier

News source

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

umno-online.mySource feed ↗10 articles

Overdue Last read · last published · next check
Last read 13 hours ago, longer than this feed's 2 hours schedule.

Written by

Latest articles

UMNO Kekal Komited Pastikan Kestabilan Kerajaan Persekutuan – Azalina

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – UMNO kekal komited terhadap kestabilan Kerajaan Persekutuan dan akan terus menghormati Perjanjian Kerajaan Perpaduan yang dimeterai selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Ketua Penerangan UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said. Beliau berkata perjanjian itu dimeterai bagi membentuk serta menjamin kestabilan Kerajaan Persekutuan sepanjang penggal Parlimen ke-15 dengan…

Dinamika Baharu: Prestasi, Penyatuan dan Sentimen Bentuk Kuasa Politik

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan terus menjadi tumpuan apabila Forum Better Nation (BN) ke-11 mengupas perkembangan serta perubahan landskap politik negara menerusi tema “Pasca PRN Johor dan Negeri Sembilan: Dinamika Baharu Politik Malaysia” yang berlangsung di Menara Dato’ Onn, malam tadi. Forum BN ke-11 ini menjadi platform penting untuk menilai…

Jalin Kebersamaan, Shahaniza Terus Dekati Masyarakat Orang Asli

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berbesar hati turun padang menyantuni masyarakat Orang Asli di beberapa perkampungan di kawasan berkenaan. Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Negeri Pahang memaklumkan, kunjungan berkenaan melibatkan Kampung Paya Taman, Bot Bot dan Paya Besar di Chenor. “Saya berkesempatan turun beramah mesra bersama masyarakat…

BN Gariskan Politik Matang, Pragmatik Dan Berprinsip Menuju PRU-16

Saya menyambut baik dan menyatakan sokongan terhadap kerangka pemikiran yang digariskan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam BN Forum Ke-11: Pasca PRN Johor dan Negeri Sembilan: Dinamika Baharu Politik Malaysia? Ucaptama tersebut membawa satu mesej yang sangat jelas. Politik Malaysia sedang berubah dan Barisan Nasional tidak boleh menghadapi politik baharu…

Sustainable Johor, JETCO Terus Perkukuh Impak Pembangunan Johor

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Sustainable Johor dan Johor Economic, Tourism and Cultural Office Singapore (JETCO) akan terus memperkemas pelaksanaan pelbagai inisiatif bagi memastikan agenda pembangunan negeri dapat diteruskan secara lebih tersusun dan memberi impak lebih besar kepada Johor. Pengerusi Eksekutif JETCO, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, perkara itu dibincangkan dalam pertemuan bersama…

Onn Hafiz Junjung Kasih, Sanjung Visi Tunku Mahkota Johor Bangunkan JDT

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menjunjung kasih ke atas Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail di atas kepimpinan dan visi dalam membangunkan Johor Darul Takzim (JDT). Ujarnya, komitmen baginda tersebut telah membolehkan JDT muncul sebagai kelab bola sepak bertaraf dunia dan menjadi kebangaan Bangsa Johor. “Menjunjung kasih DYAM…

Jawatankuasa Bebas Akan Ditubuhkan, Teliti Penggubalan Akta Baharu Ganti AUKU – Zambry

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menubuhkan jawatankuasa bebas bagi meneliti dan mengkaji seluruh aspek dalam penggubalan akta baharu yang menggantikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 (Akta 30). Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata penubuhan jawatankuasa itu antara langkah susulan selepas Jemaah Menteri mengambil maklum…

Malaysia-Türkiye Perkukuh Hubungan Ekonomi, Sasaran Dagangan Dua Hala

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Malaysia dan Türkiye terus memperkukuh hubungan ekonomi dan perdagangan menerusi usaha meningkatkan nilai dagangan dua hala kepada sasaran USD10 bilion setahun. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata perkara itu antara yang dibincangkan ketika menerima kunjungan hormat Duta Besar Republik…

31 Soalan Tabung Haji

Enam fakta asas – kurang satu minit. 1. Tiada perkataan “sakau” Perkataan “sakau”, “rompak” dan “mencuri” tidak wujud di mana-mana dalam laporan RCI. 2. Tiada penemuan jenayah RCI tidak membuat sebarang dapatan kesalahan jenayah terhadap mana-mana individu. 3. RM12 bilion bukan angka RCI Ia kenyataan politik pada 15 Ogos 2026. Angka dalam laporan ialah premium RM10.2 bilion. 4. Tiada seorang [...]

Pasca PRN Johor, Negeri Sembilan Buka Landskap Baharu Politik Negara

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan membuka beberapa persoalan besar mengenai perubahan landskap politik negara, termasuk corak sokongan pengundi, kedudukan Barisan Nasional (BN) serta potensi kerjasama jajaran politik baharu menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata perkembangan…