# datuk (news sources) — RSS Amplifier

Recent posts from the 3 feeds in the RSS Amplifier directory that cover datuk.

Page: <https://rssamplifier.com/topics/datuk/news>  
Feed: <https://rssamplifier.com/topics/datuk/news.md>

---

## [NGO, Individu Tampil Buat Laporan Polis Susulan Dakwaan Hina Nabi](https://sabahnews.com.my/ngo-individu-tampil-buat-laporan-polis-susulan-dakwaan-hina-nabi/)

_2026-08-22 · Editor · Sabah News &#8211; Bebas Bersuara_

KOTA KINABALU: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu tampil membuat laporan polis susulan dakwaan satu kenyataan di Facebook yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW. Antara yang membuat laporan ialah Pertubuhan Amal Semangat Rumpun Sabah (ASR) menerusi Muhamad Rafly Karim, selain individu Jobby Basri. Berdasarkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Tuaran pada 22 \[…\] The post…

## [Yakin dan Percaya Kekukuhan Kerajaan GRS, Antara Sebab Sertai PGRS](https://sabahnews.com.my/yakin-dan-percaya-kekukuhan-kerajaan-grs-antara-sebab-sertai-pgrs/)

_2026-08-22 · Editor · Sabah News &#8211; Bebas Bersuara_

TAMBUNAN: Lebih 500 ahli terdiri daripada bekas anggota Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Parti Warisan dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), bertindak keluar parti untuk menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Tambunan hari ini. Daripada jumlah itu, kira-kira 300 ahli adalah daripada enam cawangan Star diketuai bekas Ketua Kempennya, Patricia Yusuf ,manakala 120…

## [KETUA MENTERI TURUN PADANG JUMPA RAKYAT MACHAP JAYA, ASAHAN ESOK](https://www.melakahariini.my/ketua-menteri-turun-padang-jumpa-rakyat-machap-jaya-asahan-esok/)

_2026-08-22 · Mohamad Fazrul Abdul Majid · (untitled)_

AYER KEROH 22 Ogos – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh akan turun padang menjelajah Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya dan Asahan menerusi program Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat, esok. Ia merupakan siri jelajah ke-14 dan 15 yang menjadi platform bagi Ketua Menteri menyantuni pelbagai lapisan masyarakat selain menyampaikan bantuan serta melihat \[…\] Source

## [Dewan Belia Perak Tunjang Suara Generasi Muda](https://umno-online.my/2026/08/22/dewan-belia-perak-jadi-wadah-suara-anak-muda-saarani/)

_2026-08-22 · nurul saadah · UMNO Online_

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyifatkan Dewan Belia Perak sebagai platform penting memastikan suara anak muda didengari oleh Kerajaan Negeri. Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri sehubungan itu berkata, seramai 63 Perwakilan Dewan Belia Perak kini memainkan peranan membawa suara generasi muda ke dalam persidangan Dewan Negeri di…

## [UPNM BUKAN SEKADAR BINA KEMUDAHAN, BENTUK JATI DIRI MASYARAKAT ALAI](https://www.melakahariini.my/upnm-bukan-sekadar-bina-kemudahan-bentuk-jati-diri-masyarakat-alai/)

_2026-08-22 · Liana Sahabudin · (untitled)_

TELOK MAS 22 Ogos – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) memberi tumpuan terhadap pembentukan jati diri, sahsiah dan nilai patriotisme masyarakat Kampung Alai menerusi Program Santuni MADANI. Naib Canselor UPNM Leftenan Jeneral Datuk Wira Arman Rumaizi Ahmad berkata, pendekatan itu mencerminkan komitmen universiti berkenaan untuk membina hubungan jangka panjang dengan masyarakat.…

## [KARNIVAL CIMIC: 19 AKTIVITI MENARIK MENANTI, DARI KAPAL PERANG HINGGA AKSI KOMANDO](https://www.melakahariini.my/karnival-cimic-19-aktiviti-menarik-menanti-dari-kapal-perang-hingga-aksi-komando/)

_2026-08-22 · Mohamad Fazrul Abdul Majid · (untitled)_

BANDARAYA MELAKA 22 Ogos – Sebanyak 19 aktiviti menarik disediakan menerusi Karnival Kerjasama Awam-Tentera (Civil-Military Cooperation – CIMIC) bagi memberi peluang kepada orang ramai mengenali dengan lebih dekat peranan, kepakaran dan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Melaka. Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri, Datuk…

## [Hajiji Iringi Perdana Menteri Pada ALC-27 di Brunei Darussalam](https://sabahnews.com.my/hajiji-iringi-perdana-menteri-pada-alc-27-di-brunei-darussalam/)

_2026-08-22 · Editor · Sabah News &#8211; Bebas Bersuara_

BANDAR SERI BEGAWAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Rundingan Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei Darussalam Ke-27 (ALC-27) di Istana Nurul Iman, di sini, pada Sabtu. Hajiji turut menghadiri mesyuarat pra-majlis ALC-27 di Hotel Empire yang dipengerusikan Anwar pada Jumaat. Turut bersama Ketua Menteri ialah Menteri Luar, Datuk Seri…

## [Lebih 65 Peratus Orang Muda Sertai SAEX, Nafas Baharu Kepada Sektor Pertanian Sabah](https://sabahnews.com.my/lebih-65-peratus-orang-muda-sertai-saex-nafas-baharu-kepada-sektor-pertanian-sabah/)

_2026-08-22 · Editor · Sabah News &#8211; Bebas Bersuara_

KOTA KINABALU: Lebih 65 peratus daripada kira-kira 200 pempamer yang menyertai Sabah Agro Expo (SAEX) 2026 berusia 40 tahun ke bawah, menunjukkan minat golongan muda terhadap sektor pertanian di Sabah semakin meningkat. Menteri Pertanian, Perikanan dan Makanan, Datuk Jamawi Jaafar berkata, perkembangan itu membuktikan sektor pertanian kini memberikan semangat baharu kepada golongan muda untuk…

## [Enam Perhentian Keretapi Baharu Dibina di Laluan Stesen Sembulan-Kinarut](https://sabahnews.com.my/enam-perhentian-keretapi-baharu-dibina-di-laluan-stesen-sembulan-kinarut/)

_2026-08-22 · Editor · Sabah News &#8211; Bebas Bersuara_

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Ewon Benedick berkata, enam perhentian kecil kereta api (halt) baharu telah siap dibina di sepanjang laluan Stesen Sembulan-Kinarut sebagai sebahagian usaha memperluaskan akses rakyat kepada perkhidmatan kereta api di negeri ini. Beliau berkata enam perhentian itu ialah…

## [Ghazali Puji Potensi Boules, SK Tambulaong Raih Gelaran Juara di Peringkat Negeri](https://sabahnews.com.my/ghazali-puji-potensi-boules-sk-tambulaong-raih-gelaran-juara-di-peringkat-negeri/)

_2026-08-22 · Editor · Sabah News &#8211; Bebas Bersuara_

TUARAN: Datuk Mohammad Ghazali Hajiji memuji potensi sukan boules dalam membentuk disiplin, ketahanan mental dan semangat berpasukan dalam kalangan murid, ketika SK Tambulaong muncul juara Pertandingan Boules Peringkat Negeri Sabah 2026 di Gelanggang Boules SK Tambulaong, hari ini. Ghazali yang merupakan Setiausaha Politi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata, pertandingan…

## [Stream Torrents & IPTV Instantly (Sponsored)](https://crawlproof.com/a/4rPLmJXbsprB)

_2026-08-22 · **Sponsored**_

Search magnet links and stream movies, music, books, and live TV in-browser

## [PELAJAR CEMERLANG MELAKA DAPAT HADIAH SIMPAN SSPN PRIME](https://www.melakahariini.my/pelajar-cemerlang-melaka-dapat-hadiah-simpan-sspn-prime/)

_2026-08-22 · Mohamad Fazrul Abdul Majid · (untitled)_

AYER KEROH 22 Ogos – Kecemerlangan akademik pelajar Melaka bukan sekadar diraikan dengan sijil dan penghargaan, malah diterjemahkan dalam bentuk simpanan pendidikan apabila RM301,900 dikreditkan ke akaun Simpan SSPN Prime sebagai penghargaan atas pencapaian mereka dalam peperiksaan STAM, STPM, SPM dan Sijil Tahfiz Malaysia. Penghargaan itu diberikan pada Majlis Apresiasi Pelajar Cemerlang STAM,…

## [Jalur Gemilang Warnai Lekir Merdeka Fun Walk](https://umno-online.my/2026/08/22/jalur-gemilang-warnai-lekir-merdeka-fun-walk/)

_2026-08-22 · nurul saadah · UMNO Online_

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Lumut, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyemarakkan semangat kemerdekaan dengan menyertai Lekir Merdeka Fun Walk yang berlangsung hari ini. Beliau yang juga Menteri Pendidikan Tinggi terlebih dahulu menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Haji Isa, Lekir bersama masyarakat setempat sebelum menyertai program berkenaan. “Selesai solat, suasana pagi…

## [RM1 JUTA UBAH WAJAH KAMPUNG ALAI](https://www.melakahariini.my/rm1-juta-ubah-wajah-kampung-alai/)

_2026-08-22 · Liana Sahabudin · (untitled)_

TELOK MAS 22 Ogos – Kampung Alai kini menerima pelbagai kemudahan yang bukan sahaja menceriakan persekitarannya, malah memberi manfaat langsung kepada penduduk menerusi kesinambungan Program Kampung Angkat MADANI oleh Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telok Mas Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata, UPNM menyalurkan peruntukan RM1 juta daripada…

## [PPSPM CAPAI 70 PERATUS SASARAN PENGUNJUNG](https://www.melakahariini.my/ppspm-capai-70-peratus-sasaran-pengunjung/)

_2026-08-22 · Nur Fitri Shareena Abdul Rahim · (untitled)_

DUYONG 21 Ogos – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) berjaya mencapai hampir 70 peratus sasaran jumlah pengunjung bagi produk pelancongannya setakat 15 Ogos lalu. Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM, Shaharul Azuar Idris berkata, pencapaian itu membuktikan produk pelancongan berasaskan sungai dan pantai terus mendapat sambutan pengunjung. Menurutnya, pihaknya optimis sasaran…

## [AKSI TEMPUR, LOMPAT API GEGARKAN SAMBUTAN MERDEKA MELAKA](https://www.melakahariini.my/aksi-tempur-lompat-api-gegarkan-sambutan-merdeka-melaka/)

_2026-08-22 · Nur Alya Atiqah · (untitled)_

SUNGAI UDANG 22 Ogos – Aksi lompatan merentasi api dan pemusnahan papan menjadi antara elemen baharu yang bakal dipersembahkan 64 anggota Divisyen Ketiga Infantri Malaysia menerusi demonstrasi Tempur Tanpa Senjata (TTS) sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka pada 31 Ogos ini. Persembahan yang bakal berlangsung di Dataran 1 Malaysia, Klebang itu dijangka tampil lebih \[…\] Source

## [Perkukuhkan TVET Bagi Melahirkan Tenaga Kerja Berkemahiran, Berdaya Saing](https://sabahnews.com.my/perkukuhkan-tvet-bagi-melahirkan-tenaga-kerja-berkemahiran-berdaya-saing/)

_2026-08-22 · Editor · Sabah News &#8211; Bebas Bersuara_

KOTA KINABALU: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu terus diperkukuhkan bagi membantu melahirkan tenaga kerja berkemahiran dan berdaya saing dalam pasaran kerja berkaitan industri minyak dan gas, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor. Dalam konteks ini katanya, institusi pengajian tinggi dan pusat latihan kemahiran memainkan peranan untuk membantu dengan memperbanyakkan…

## [GELOMBANG 30,000 ANAK MUDA BAKAL GEGAR MITC](https://www.melakahariini.my/gelombang-30000-anak-muda-bakal-gegar-mitc/)

_2026-08-22 · Norafiqah Jamal · (untitled)_

AYER KEROH 22 Ogos – Lebih 30,000 belia dijangka membanjiri Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) bagi memeriahkan Karnival Anak Muda Negeri Melaka 2026 yang berlangsung selama tiga hari, dari 4 hingga 6 September ini. Pengerusi Bersama Karnival Anak Muda Negeri Melaka 2026 Datuk Hameed Mytheen Kunjur Basheer berkata, penganjuran julung kali itu dirangka sebagai platform \[…\] Source

## [Onn Hafiz Syukur JDT Cipta Rekod Dunia Baharu](https://umno-online.my/2026/08/22/onn-hafiz-syukur-jdt-cipta-rekod-dunia-baharu/)

_2026-08-22 · nurul saadah · UMNO Online_

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi meluahkan kesyukuran atas kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang melakar sejarah baharu apabila mencipta rekod dunia 109 perlawanan liga berturut-turut tanpa kalah. Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor berkata kejayaan tersebut diperoleh apabila menewaskan Kuching City FC 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim,…

## [UMIS@UNIMEL: TRANSFORMASI UNIVERSITI DIGITAL, LESTARI](https://www.melakahariini.my/umisunimel-transformasi-universiti-digital-lestari/)

_2026-08-22 · salman hamat · (untitled)_

KUALA LINGGI 22 Ogos – Pelaksanaan UMIS@UNIMEL (University Management Information System) bakal menjadikan Universiti Islam Melaka (UNIMEL) sebagai sebuah institusi pengajian tinggi digital, bertunjangkan kepada teknologi maklumat dan kecerdasan buatan (AI). Timbalan Naib Canselor Pembangunan Institusi UNIMEL Prof Ts. Dr. Rohayati Mohd Isa berkata, inisiatif itu adalah selaras dengan agenda…

## [Inisiatif Beliawanis Prihatin Pemangkin Penubuhan Food Bank UNITAR, Bantu Kebajikan Pelajar](https://sabahnews.com.my/inisiatif-beliawanis-prihatin-pemangkin-penubuhan-food-bank-unitar-bantu-kebajikan-pelajar/)

_2026-08-22 · Editor · Sabah News &#8211; Bebas Bersuara_

KOTA KINABALU: Inisiatif Beliawanis Prihatin anjuran Pergerakan Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) menjadi pemangkin kepada penubuhan Food Bank UNITAR Sabah dalam usaha membantu kebajikan pelajar, khususnya mereka yang berdepan kekangan kewangan dan kesukaran mendapatkan keperluan makanan. Ketua Beliawanis PGRS, Emmie Martin Idang berkata, program berkenaan merupakan antara projek utama…

## [Home of the Agentic Pull Request (Sponsored)](https://crawlproof.com/a/S65PWONBiLDz)

_2026-08-22 · **Sponsored**_

CLI-first, TUI-ready toolkits and a moshscript installer — join the waitlist

## [800 ANGGOTA POLIS BERTUGAS, PASTIKAN KELANCARAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DI KLEBANG](https://www.melakahariini.my/800-anggota-polis-bertugas-pastikan-kelancaran-sambutan-hari-kebangsaan-di-klebang/)

_2026-08-22 · Farah Suhaidah Othman · (untitled)_

AYER KEROH 22 Ogos – Kira-kira 800 anggota polis akan digerakkan bagi memastikan aspek keselamatan dan kelancaran lalu lintas sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka di Dataran Klebang bermula 29 Ogos ini. Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata meskipun sambutan kali ini berlangsung di lokasi baharu, namun ia tidak menjadi masalah berikutan persiapan \[…\] Source

## [Kelab UMNO Luar Negara Santuni Gelandangan](https://umno-online.my/2026/08/22/kelab-umno-luar-negara-santuni-gelandangan/)

_2026-08-21 · Editor Berita · UMNO Online_

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Kelab UMNO Luar Negara meneruskan komitmen dengan mendekati masyarakat menerusi program turun padang yang diadakan malam ini bagi menyantuni golongan gelandangan dan miskin bandar di sekitar ibu negara. Seramai 20 pelajar Kelab UMNO Luar Negara yang sedang melanjutkan pengajian di luar negara dan pulang bercuti di tanah air mengambil kesempatan mengisi masa dengan…

## [RM500,000 Untuk Biayai Pelajar TVET Aeroangkasa Sabah](https://sabahnews.com.my/rm500000-untuk-biayai-pelajar-tvet-aeroangkasa-sabah/)

_2026-08-21 · Editor · Sabah News &#8211; Bebas Bersuara_

KOTA KINABALU: Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) meluluskan dana RM500,000 bagi membantu pembiayaan pelajar yang mengikuti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam bidang aeroangkasa di Mega Aerospace Centre (KKIP Aerospace Training Centre). Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Ewon Benedick berkata,…

## [HARI KEBANGSAAN MELAKA: 30 BAS, 90 VAN SHUTTLE PERCUMA MUDAHKAN ORANG RAMAI](https://www.melakahariini.my/hari-kebangsaan-melaka-30-bas-90-van-shuttle-percuma-mudahkan-orang-ramai/)

_2026-08-21 · Mohamad Fazrul Abdul Majid · (untitled)_

BANDARAYA MELAKA 21 Ogos – Sebanyak 30 bas dan 90 van ulang-alik (shuttle) percuma disediakan Kerajaan Negeri bagi memudahkan pergerakan ribuan pengunjung ke lokasi Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Melaka di Klebang pada 29 hingga 31 Ogos ini. Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, penyediaan pengangkutan awam itu \[…\] Source

## [PRN Melaka Perlu Formula Sesuai Dengan Geopolitiknya &#8211; Ahmad Zahid](https://umno-online.my/2026/08/21/prn-melaka-perlu-formula-sesuai-dengan-geopolitiknya-ahmad-zahid/)

_2026-08-21 · Editor Berita · UMNO Online_

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Barisan Nasional (BN) memerlukan formula yang bersesuaian dengan geopolitik Melaka dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) itu tidak lama lagi, kata Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata formula itu, tidak semestinya mengikut acuan sama PRN Johor dan Negeri Sembilan, yang membawa kemenangan besar kepada BN. Ahmad…

## [ZAKAT RIQAB MAIM BANTU &#8216;ORANG DISELIA&#8217; BINA HIDUP BAHARU](https://www.melakahariini.my/zakat-riqab-maim-bantu-orang-diselia-bina-hidup-baharu/)

_2026-08-21 · Liana Sahabudin · (untitled)_

MERLIMAU 21 Ogos – Sebanyak RM70,000 daripada peruntukan zakat Riqab Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) disalurkan bagi merealisasikan Kafe Riqab Pusat Koreksional Jasin, sekali gus membuka ruang kepada Orang Diselia (ODS) membina kemahiran dan keyakinan sebelum kembali ke pangkuan masyarakat. Setiausaha MAIM, Shaifulfazlee Mohamad berkata, Kafe Riqab bukan sekadar menyediakan ruang menjual makanan…

## [Sekatan Kenderaan Berat di Jambatan Sementara Jalan Tun Fuad Stephen Jejaskan Operasi Treler RORO](https://sabahnews.com.my/sekatan-kenderaan-berat-di-jambatan-sementara-jalan-tun-fuad-stephen-jejaskan-operasi-treler-roro/)

_2026-08-21 · Editor · Sabah News &#8211; Bebas Bersuara_

KOTA KINABALU: Operasi membawa keluar kenderaan baharu dari Pelabuhan Kota Kinabalu berdepan risiko tergendala apabila treler pengangkut kereta dua tingkat tidak dapat menggunakan jambatan sementara di Jalan Tun Fuad Stephen yang dibuka hari ini. Treler jenis car carrier double-deck yang mempunyai panjang kira-kira 22 meter itu termasuk dalam kategori kenderaan berat yang dilarang melalui jambatan…

## [Kerajaan Sasar Buka Semula 1,000 Hektar Tanah Sawah Terbiar di Kota Marudu &#8211; Jamawi](https://sabahnews.com.my/kerajaan-sasar-buka-semula-1000-hektar-tanah-sawah-terbiar-di-kota-marudu-jamawi/)

_2026-08-21 · Editor · Sabah News &#8211; Bebas Bersuara_

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah menyasarkan pembukaan semula kira-kira 1,000 hektar tanah sawah terbiar di Kota Marudu menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Padi dan Beras Sabah (LPBS), Arise Consulting (Sabah) Sdn. Bhd. dan ABS Greentech Sdn. Bhd. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar berkata, MoU yang dimeterai di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah…

## [CHARITY RIDE PDRM-IPSC SANTUNI 10 PESARA POLIS DI MELAKA](https://www.melakahariini.my/charity-ride-pdrm-ipsc-santuni-10-pesara-polis-di-melaka/)

_2026-08-21 · Farah Suhaidah Othman · (untitled)_

AYER KEROH 21 Ogos – Program Konvoi ‘Charity Ride’ Kontinjen Negeri Sembilan bersama Ipoh Superbike Club (IPSC) sempena Sambutan Hari Polis ke-219 dan Sambutan Ambang Merdeka ke-69 menyantuni 10 pesara polis di Melaka. Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata program berkenaan bukan kali pertama dianjurkan, sebaliknya memasuki tahun keempat selepas dimulakan pada 2021. “Tujuan \[…\]…

## [Malaysia-Thailand Perkukuh Kerjasama](https://umno-online.my/2026/08/21/malaysia-thailand-perkukuh-kerjasama/)

_2026-08-21 · Editor Berita · UMNO Online_

PUTRAJAYA, 21 Ogos – Malaysia dan Thailand terus memperkukuh hubungan dua hala menerusi penerokaan peluang kerjasama dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), industri halal, pelancongan serta perdagangan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu dibincangkan ketika menerima kunjungan hormat Timbalan Gabenor Wilayah Trang, Thailand,…

## [Ship software peacefully (Sponsored)](https://crawlproof.com/a/4uvUdUZibmSj)

_2026-08-21 · **Sponsored**_

Connect your repo and deploy instantly — Railway handles config, scaling, and monitoring.

## [Nilai Semula, Petugas PDK Tulang Belakang Anak Istimewa &#8211; Khairul Azwan](https://umno-online.my/2026/08/21/nilai-semula-petugas-pdk-tulang-belakang-anak-istimewa-khairul-azwan/)

_2026-08-21 · Azman Abas · UMNO Online_

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Petugas Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang menjadi antara tulang belakang dalam mengurus, mendidik dan membimbing anak-anak istimewa perlu diberikan penghargaan sewajarnya, termasuk melalui peningkatan kadar elaun yang diterima mereka. Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Khairul Azwan Harun berkata, kadar elaun semasa yang diterima petugas dan penyelia PDK perlu dinilai…

## [TUN DR. MOHD ALI SEMPURNAKAN PERASMIAN MASJID AL-MUKMINUN SERI MENDAPAT](https://www.melakahariini.my/tun-dr-mohd-ali-sempurnakan-perasmian-masjid-al-mukminun-seri-mendapat/)

_2026-08-21 · Liana Sahabudin · (untitled)_

SUNGAI RAMBAI 21 Ogos – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam menyempurnakan perasmian Masjid Al-Mukminun Seri Mendapat, di sini, hari ini. Selain program perasmian oleh Tun Dr. Mohd Ali, masjid berkenaan juga meriah dengan penganjuran Majlis Kesyukuran Peringkat Negeri Melaka 2026/1448H, sekali gus menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat setempat. \[…\]…

## [&#8216;Kibarkan Jalur Gemilang, Semarakkan Semangat Cinta Negara&#8217;](https://umno-online.my/2026/08/21/kibarkan-jalur-gemilang-semarakkan-semangat-cinta-negara/)

_2026-08-21 · Editor Berita · UMNO Online_

KOTA TINGGI, 21 Ogos – Suasana di Astaka Budaya, Laman Tun Sri Lanang, Kota Tinggi, pagi tadi meriah dengan kibaran Jalur Gemilang sempena pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Kota Tinggi Tahun 2026. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama, Norlizah Noh, berkata Jalur Gemilang bukan sekadar sehelai kain, sebaliknya merupakan lambang tanah air yang…

## [20,000 T-SHIRT, 2,000 HELMET EKSKLUSIF JADI TARIKAN KARNIVAL ANAK MUDA MELAKA](https://www.melakahariini.my/20000-t-shirt-2000-helmet-eksklusif-jadi-tarikan-karnival-anak-muda-melaka/)

_2026-08-21 · Mohamad Fazrul Abdul Majid · (untitled)_

BANDARAYA MELAKA 21 Ogos – Sebanyak 20,000 helai t-shirt istimewa dan 2,000 helmet eksklusif bakal menjadi antara tarikan utama Karnival Anak Muda Negeri Melaka 2026 yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh pada 4 hingga 6 September ini. Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, t-shirt berkenaan disediakan secara percuma \[…\] Source

## [KPK Jadi Rakan Strategik, Pastikan Industri Getah Berdaya Saing](https://umno-online.my/2026/08/21/kpk-jadi-rakan-strategik-pastikan-industri-getah-berdaya-saing/)

_2026-08-21 · nurul saadah · UMNO Online_

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan terus menjadi rakan strategik dalam memastikan industri getah Malaysia kekal berdaya saing, kata menterinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau telah berkesempatan merasmikan Malaysian Rubber Council (MRC) Industry Leadership and Networking Dinner anjuran MRC. “Malam tadi saya…

## [Identiti Native Sabah Warnai Jersi Baharu Sang Badak](https://sabahnews.com.my/identiti-native-sabah-warnai-jersi-baharu-sang-badak/)

_2026-08-21 · Sabah News · Sabah News &#8211; Bebas Bersuara_

KOTA KINABALU: Sabah FC hari ini secara rasmi melancarkan jersi baharu bagi menghadapi saingan musim 2026/2027 dalam satu majlis yang berlangsung di Sportmart, Suria Sabah, di sini. Pelancaran jersi rasmi bersama Carino itu bukan sekadar memperkenalkan rekaan baharu kepada penyokong, malah membawa identiti, semangat perjuangan dan aspirasi Sang Badak dalam mengharungi cabaran musim baharu. Lebih…

## [HARI KEBANGSAAN: 13 PRODUK PELANCONGAN MELAKA PERCUMA UNTUK RAKYAT](https://www.melakahariini.my/hari-kebangsaan-13-produk-pelancongan-melaka-percuma-untuk-rakyat/)

_2026-08-21 · Mohamad Fazrul Abdul Majid · (untitled)_

BANDARAYA MELAKA 21 Ogos – Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Melaka bukan hanya tertumpu kepada acara kemerdekaan, malah rakyat Malaysia turut berpeluang menikmati kemasukan percuma ke 13 produk pelancongan terpilih di negeri ini pada 31 Ogos ini. Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, inisiatif berkenaan merupakan usaha Kerajaan Negeri memastikan rakyat yang \[…\] Source

## [Teruskan Momentum, Tarik Lebih Banyak Pelaburan](https://umno-online.my/2026/08/21/teruskan-momentum-tarik-lebih-banyak-pelaburan/)

_2026-08-21 · nurul saadah · UMNO Online_

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menegaskan momentum untuk menarik lebih banyak pelaburan bagi merancakkan lagi ekonomi negeri. Ujarnya, usaha untuk menarik pelaburan memerlukan pasukan yang bergerak seiring dan mempunyai matlamat sama. “Kerja menarik pelaburan bukanlah kerja satu pihak sahaja. Ia memerlukan satu pasukan bergerak seiring, saling melengkapi…

## [KARNIVAL ANAK MUDA MELAKA JADI PENTAS SUARA, BAKAT DAN MASA DEPAN](https://www.melakahariini.my/karnival-anak-muda-melaka-jadi-pentas-suara-bakat-dan-masa-depan/)

_2026-08-21 · Mohamad Fazrul Abdul Majid · (untitled)_

BANDARAYA MELAKA 21 Ogos – Karnival Anak Muda Negeri Melaka 2026 bukan sekadar medan hiburan dan perhimpunan golongan muda, sebaliknya dirangka sebagai platform untuk mendengar suara, mencungkil bakat serta membuka lebih banyak peluang kepada generasi muda membina masa depan. Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, karnival yang berlangsung 4 hingga 6 September \[…\] Source

## [Lebih 1,000 Jemaah Sertai Majlis Kesyukuran, Doa Selamat Maulidur Rasul](https://sabahnews.com.my/lebih-1000-jemaah-sertai-majlis-kesyukuran-doa-selamat-maulidur-rasul/)

_2026-08-21 · Editor · Sabah News &#8211; Bebas Bersuara_

KOTA KINABALU: Lebih 1,000 jemaah menyertai Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW 1448H/2026M di Masjid Negeri Sabah, di sini, Jumaat. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor turut menyertai majlis berkenaan yang diisi dengan bacaan Surah Yasin, tahlil dan doa selamat. Majlis berkenaan dipimpin Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar. Turut \[…\] The post Lebih 1,000…

## [HARI KEBANGSAAN MELAKA: KARNIVAL CIMIC DEKATKAN RAKYAT DENGAN TENTERA](https://www.melakahariini.my/hari-kebangsaan-melaka-karnival-cimic-dekatkan-rakyat-dengan-tentera/)

_2026-08-21 · Mohamad Fazrul Abdul Majid · (untitled)_

BANDARAYA MELAKA 21 Ogos – Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Melaka bakal tampil lebih gah apabila Kerajaan Negeri dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menganjurkan Karnival Civil-Military Cooperation atau Kerjasama Awam-Tentera (CIMIC) pada 29 hingga 31 Ogos ini. Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, penganjuran Karnival CIMIC menjadi antara pengisian…

## [Semarak Jiwa Patriotik, Kecintaan Kepada Negara Sempena Bulan Kebangsaan &#8211; Isam](https://umno-online.my/2026/08/21/semarak-jiwa-patriotik-kecintaan-kepada-negara-sempena-bulan-kebangsaan-isam/)

_2026-08-21 · nurul saadah · UMNO Online_

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Bersempena bulan kemerdekaan Ketua UMNO Bahagian Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa berbesar hati turun padang menyemarakkan sambutan kemerdekaan menerusi pemasangan Jalur Gemilang pada kenderaan. Beliau yang jug Ahli Parlimen Tampin berkata inisiatif berkenaan merupakan antara usaha bagi menyemai rasa cinta terhadap negara dalam kalangan masyarakat. “Alhamdulillah,…

## [HARI KEBANGSAAN MELAKA: 5,000 PARKIR, &#8216;SHUTTLE BUS&#8217; MUDAHKAN PENGUNJUNG](https://www.melakahariini.my/hari-kebangsaan-melaka-5000-parkir-shuttle-bus-mudahkan-pengunjung/)

_2026-08-21 · Mohamad Fazrul Abdul Majid · (untitled)_

BANDARAYA MELAKA 21 Ogos – Kerajaan Negeri Melaka menyediakan hampir 5,000 lot parkir awam di 11 lokasi sekitar Klebang bagi memberi kemudahan kepada orang ramai yang hadir menyaksikan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Melaka pada 29 hingga 31 Ogos ini. Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, sebanyak 4,995 lot parkir disediakan \[…\] Source

## [MELAKA SAMBUT MERDEKA TEPI LAUT, 3 KAPAL PERANG TLDM &#8216;BERLABUH&#8217;](https://www.melakahariini.my/melaka-sambut-merdeka-tepi-laut-3-kapal-perang-tldm-berlabuh/)

_2026-08-21 · Mohamad Fazrul Abdul Majid · (untitled)_

BANDARAYA MELAKA 21 Ogos – Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Melaka tahun ini tampil lebih istimewa apabila tiga kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bakal dipamerkan kepada orang ramai. Ia menjadi antara tarikan utama sambutan yang buat julung kalinya diadakan di Dataran 1 Malaysia, Klebang, berlatarbelakangkan laut dan Selat Melaka. Ketua Menteri, Datuk \[…\] Source

## [Jangan Korbankan MARA Demi Politik &#8211; Mohamad Fazly](https://umno-online.my/2026/08/21/jangan-korbankan-mara-demi-politik-mohamad-fazly/)

_2026-08-21 · amin adnan · UMNO Online_

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Naib Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Mohamad Fazly Zainudin menegaskan bahawa Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki tidak perlu diganti, sebaliknya peranan dan usaha yang telah digerakkan perlu terus diperkukuh demi kepentingan rakyat. Jelasnya, gelaran “Daddy MARA” bukan sekadar panggilan, tetapi mencerminkan sumbangan dan pendekatan Dr…

## [KOMPLEKS IKAN BAKAR BERKONSEP EROPAH ADA DI TELOK MAS](https://www.melakahariini.my/kompleks-ikan-bakar-berkonsep-eropah-ada-di-telok-mas/)

_2026-08-21 · Mohamad Fazrul Abdul Majid · (untitled)_

TELOK MAS 21 Ogos – Industri pelancongan berasaskan makanan terus diperkasakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas apabila Medan Ikan Bakar Sungai Punggur kini tampil dengan wajah baharu yang lebih moden dan menarik apabila siap dinaik taraf dengan kos berjumlah RM5 juta. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telok Mas, Datuk Wira Abdul Razak Abdul \[…\] Source

## [Borenos Bukti, Produk ‘Original Sabahan’ Mampu Bersaing di Pasaran Luar – Masidi](https://sabahnews.com.my/borenos-bukti-produk-original-sabahan-mampu-bersaing-di-pasaran-luar-masidi/)

_2026-08-21 · Editor · Sabah News &#8211; Bebas Bersuara_

KOTA KINABALU: Kejayaan Borenos Fried Chicken mengembangkan perniagaannya sehingga ke Semenanjung membuktikan produk “original Sabahan” mempunyai kualiti dan mampu bersaing serta mendapat tempat di pasaran luar Sabah. Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, perkembangan jenama tempatan itu wajar menjadi suntikan semangat kepada pengusaha Sabah…

## [Johor Tarik Potensi Pelaburan Lebih RM5 Bilion](https://umno-online.my/2026/08/21/johor-tarik-potensi-pelaburan-lebih-rm5-bilion/)

_2026-08-21 · Editor Berita · UMNO Online_

JOHOR BAHRU, 21 Ogos – Johor berjaya menarik potensi pelaburan bernilai lebih RM5 bilion hasil siri pertemuan bersama pelabur semasa lawatan kerja Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, ke Singapura. Onn Hafiz berkata perkembangan itu mencerminkan keyakinan yang semakin kukuh dalam kalangan pelabur terhadap Johor sebagai destinasi pelaburan serta hab pertumbuhan baharu di rantau ini. Menurut…

## [Perkhidmatan ‘Bas Pink’ Dapat Sambutan, Lebih 194,000 Penumpang Direkodkan](https://sabahnews.com.my/perkhidmatan-bas-pink-dapat-sambutan-lebih-194000-penumpang-direkodkan/)

_2026-08-21 · Editor · Sabah News &#8211; Bebas Bersuara_

KOTA KINABALU: Perkhidmatan Program Transformasi Bas Berhenti-Henti Sabah (SBST) atau BAS.MY yang lebih dikenali sebagai “Bas Pink” mencatat perkembangan positif dengan 194,265 penumpang direkodkan setakat 10 Ogos lalu, sekali gus menunjukkan sambutan baik masyarakat terhadap pengangkutan awam berkenaan. Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah (LPKP Sabah), Senator Datuk Phoong Jin…

## [MELAKA SASAR TUBUH MAHKAMAH UTAMA SYARIAH 2027](https://www.melakahariini.my/melaka-sasar-tubuh-mahkamah-utama-syariah-2027/)

_2026-08-21 · Norafiqah Jamal · (untitled)_

AYER KEROH 21 Ogos – Kerajaan Negeri memperuntukkan hampir RM6 juta bagi memperkasakan Mahkamah Syariah Negeri Melaka, termasuk usaha memperkukuh struktur kehakiman syariah menerusi penubuhan Mahkamah Utama Syariah yang disasarkan direalisasikan pada 2027. Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, peruntukan itu mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri…

