BANDARAYA MELAKA 21 Ogos – Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Melaka tahun ini tampil lebih istimewa apabila tiga kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bakal dipamerkan kepada orang ramai. Ia menjadi antara tarikan utama sambutan yang buat julung kalinya diadakan di Dataran 1 Malaysia, Klebang, berlatarbelakangkan laut dan Selat Melaka. Ketua Menteri, Datuk […] Source
TELOK MAS 21 Ogos – Industri pelancongan berasaskan makanan terus diperkasakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas apabila Medan Ikan Bakar Sungai Punggur kini tampil dengan wajah baharu yang lebih moden dan menarik apabila siap dinaik taraf dengan kos berjumlah RM5 juta. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telok Mas, Datuk Wira Abdul Razak Abdul […] Source
AYER KEROH 21 Ogos – Kerajaan Negeri memperuntukkan hampir RM6 juta bagi memperkasakan Mahkamah Syariah Negeri Melaka, termasuk usaha memperkukuh struktur kehakiman syariah menerusi penubuhan Mahkamah Utama Syariah yang disasarkan direalisasikan pada 2027. Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, peruntukan itu mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri…
AYER KEROH 20 Ogos – Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, selesai sesi pemeriksaan utama dalam perbicaraan saman fitnah yang difailkannya terhadap Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad di Mahkamah Tinggi Melaka, Kompleks Mahkamah Melaka, hari ini. Pemeriksaan utama terhadap Ab Rauf yang juga plaintif diwakili peguam Datuk Wan Azmir Wan Majid berlangsung dihadapan […] Source
AYER KEROH 20 Ogos – Melaka kini di fasa akhir melengkapkan kerangka perundangan bagi memperkukuh sistem kehakiman Syariah negeri menerusi penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah serta Kaedah-Kaedah Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Fi Mahkamah). Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, proses berkenaan sedang diperincikan bagi…
AYER KEROH 20 Ogos – Barisan Nasional (BN) Melaka belum memulakan sebarang rundingan dengan mana-mana pakatan politik bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 akan datang, kata Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh. Katanya, setakat ini belum ada satu titik pertemuan secara rasmi untuk BN Melaka memulakan rundingan atau perbincangan tentang apa […] Source
SERI NEGERI 20 Ogos – Trend projek sakit di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) menunjukkan perkembangan positif apabila menurun daripada 6.81 peratus pada Jun 2025 kepada 4.13 peratus setakat ini. Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan berkata, penurunan itu hasil pemantauan berterusan oleh Pegawai Penguasa (SO) serta lawatan turun padang (TURPA) […] Source
AYER KEROH 20 Ogos – Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Melaka lebih bermakna apabila orang ramai berpeluang menikmati kemasukan percuma ke 13 tarikan pelancongan terpilih di seluruh negeri pada 31 Ogos ini. Inisiatif berkenaan memberi peluang kepada keluarga dan pelancong meneroka pelbagai tarikan pelancongan, rekreasi, sejarah dan warisan di seluruh negeri tanpa dikenakan bayaran kemasukan […]…
AYER KEROH 20 Ogos – Sebanyak 11,037 daripada 13,424 kes Mal (sivil) dan jenayah berjaya diselesaikan Mahkamah Syariah Negeri Melaka bagi tempoh Januari 2024 hingga Ogos 2026, dengan kadar penyelesaian melebihi 82 peratus. Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, pencapaian itu membuktikan usaha berterusan memperkukuh kecekapan institusi kehakiman…
SERI NEGERI 20 Ogos – Sebanyak 256 daripada 871 projek infrastruktur rakyat yang kini dalam pembinaan berada pada prestasi mendahului jadual, menunjukkan pelaksanaan projek pembangunan fizikal negara berada pada landasan positif. Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan berkata, jumlah itu mewakili 29.39 peratus daripada keseluruhan projek yang sedang dalam pembinaan, manakala 304…