RSS Amplifier

Blog

LOCCO

locco.com.mySource feed ↗12 posts

Live Last read · last published · next check

Written by

Latest posts

Raja Permaisuri Agong Berkenan Lancar Muzium Tekstil Merdeka, Abadikan Warisan Tekstil Alam Melayu

Sehelai kain bukan sekadar fabrik. Ia cerita. Ia sejarah. Ia identiti yang diwarisi turun-temurun … dan kini, warisan itu mempunyai rumah baharu di jantung Kuala Lumpur. Menurut BERNAMA, Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, hari ini berkenan melancarkan Muzium Tekstil Merdeka di pekarangan Menara Merdeka Maybank, sekali gus menandakan babak baharu dalam usaha memelihara warisan […]

Pustaka Imaginasi Buka Pintu, Jemput Anda Terokai Seni

Balai Seni Negara bakal membuka pintu lebar-lebar buat penggemar seni dan sastera menerusi Program Hari Terbuka Pustaka Imaginasi 2026, yang dijadualkan berlangsung pada 22 Ogos ini (Sabtu), bermula jam 9 pagi hingga 5 petang. Program ini bertujuan memperkenalkan Pustaka Imaginasi sebagai pusat rujukan dan pengumpulan data pelukis serta sumber berkaitan seni visual, di samping menggalakkan […]

Sarung: Sehelai Kain, Sejuta Cerita

Siri 1 daripada 3 — Sempena Sedekad Keretapi Sarong Sebelum Keretapi Sarong menjadi lambang perpaduan yang kita kenali hari ini, sarung itu sendiri sudah lama menjadi jalinan yang menyatukan rumah-rumah di seluruh Malaysia – daripada kampung ke bandar, daripada Semenanjung ke Sabah dan Sarawak. Sempena sedekad Keretapi Sarong, LOCCO ingin membawa anda kembali kepada asal-usul […]

Keretapi Sarong 2026: Satu Dekad, 10 Stesen

Siapa sangka, apa yang bermula sebagai satu ‘flash mob’ kecil di ibu kota sepuluh tahun yang lalu kini telah berevolusi menjadi nadi budaya kebangsaan. Tahun ini, kita bukan sekadar menyambut ulang tahun tetapi kita juga bakal dan sedang mencipta sejarah. Gema takbir merdeka mungkin belum kedengaran, namun getaran kain sarong sudah mula terasa. Untuk edisi […]

Madam Kwan’s: Naratif Warisan, Inovasi Bisnes dan Jiwa Merdeka Malaysia

Setiap kali bulan Ogos dan September menjelma, sesuatu yang istimewa berlaku di dapur-dapur Malaysia – bau rempah yang lebih pekat, bendera yang berkibar di depan rumah, dan meja makan yang dipenuhi hidangan yang membawa kembali kenangan kampung halaman. Di tengah-tengah semarak itu, satu nama sudah lama menjadi sebahagian daripada perjalanan rasa rakyat Malaysia – Madam […]

Nak ‘Feel’ Konsert Dewan Filharmonik Petronas Betul-Betul? Ini Kerusi Terbaik Ikut Mood Anda

Bagi peminat muzik klasik, pengalaman menonton konsert bukan sekadar soal mendengar alunan orkestra, tetapi turut dipengaruhi oleh dari sudut mana anda memilih untuk menikmatinya. Perkara inilah yang cuba diketengahkan oleh Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) menerusi satu hantaran menarik di akaun Threads rasmi mereka, @malaysianphilharmonicorchestra, baru-baru ini. Menerusi hantaran itu, MPO…

Khairul Aming Lancar Sambal Nyet Bilis di Merdeka 118, Catat Rekod Siaran Langsung Terbesar

Selepas hampir enam tahun hanya bergantung kepada satu produk legendari, Sambal Nyet Berapi, usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming atau lebih mesra disapa KA, akhirnya bersedia melangkah ke fasa baharu apabila mengumumkan pelancaran produk keempatnya, Sambal Nyet Bilis — dan kali ini, beliau memilih untuk membuatnya dengan cara yang jauh lebih besar daripada sebelumnya. Menerusi […]

Enam Dekad Kenangan: Resorts World Genting Sambut Ulang Tahun Ke-61 Dengan Jualan Kilat 72 Jam

Selama 61 tahun, kabus yang menyelubungi puncak Genting Highlands telah menyaksikan sesuatu yang lebih bermakna daripada sekadar pusat peranginan, hiburan dan kereta kabel: ia menyaksikan generasi demi generasi kenangan rakyat Malaysia. Temu janji pertama, pertemuan keluarga, bulan madu, lawatan sekolah — Resorts World Genting (RWG) telah diam-diam menjadi sebahagian daripada kisah membesar…

LOCCO Hargai Dedikasi Duet Dua Legenda! Siti Nurhaliza, Noraniza Idris Hidupkan Semula Magis ‘Hati Kama’

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak dapat menahan sebak ketika mengumumkan barisan artis jemputan untuk Konsert Tradisional Gema Bumantara, sambil mengakui beliau tidak pasti bila lagi peluang sebegini akan muncul untuk menghimpunkan tokoh-tokoh besar muzik tradisional tanah air dalam satu pentas. “Happy sebenarnya. Sebab saya happy, saya boleh buat (konsert ini). Sebab saya tak […]

Sarong Dance ’26: Apabila Sehelai Sarong Menjadi Bahasa Perpaduan

Ada benda-benda dalam hidup rakyat Malaysia yang kita anggap biasa sahaja — sampai satu hari, seseorang menunjukkan ia sebenarnya luar biasa. Sarung adalah salah satunya. Merentas kaum, agama, negeri dan generasi, sarung sentiasa berada di sisi kita — di majlis kahwin, surau dan umah nenek pada waktu petang. Tetapi hari ini, ruang lingkupnya semakin mengecil, […]

LOCCO Bawa Anda Menjelajah “Pengisian Erti Merdeka”: Menerusi Xplorasi Warisan KL

Pada suatu petang 30 Ogos, 69 tahun lalu, Tunku Abdul Rahman berdiri di sebuah stadium yang belum sempat kering catnya, memandang ke arah Dataran yang masih dikenali sebagai Padang Kelab Selangor. Malam itu, Union Jack akan diturunkan buat kali terakhir. Esoknya, tujuh laungan “Merdeka!” akan bergema dari mulut Bapa Kemerdekaan, disahut oleh lebih 20,000 rakyat […]

The Penang State Museum is Back … and It Is Not the Same Place You Remember

There is a particular kind of grief that comes with a beloved building closing its doors especially one that holds an entire state’s identity within its walls. For nine years, the Penang State Museum and Art Gallery on Lebuh Farquhar stood quiet. Scaffolding went up, came down, went up again. A pandemic arrived and stalled […]