RSS Amplifier

News source

Kosmo Digital

Suara Kontemporari

kosmo.com.mySource feed ↗20 articles

Overdue Last read · last published · next check
Last read 8 hours ago, longer than this feed's 1 hour schedule.

Written by

Latest articles

[VIDEO] ‘Kau ingat kepala member aku ni bola?’

PETALING JAYA – Seorang mekanik didakwa mengalami luka kecil di bahagian muka selepas kepalanya dipercayai ditolak seorang pelanggan lelaki, dalam kejadian di sebuah bengkel di Sungai Buloh. Kejadian itu dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) dan rakaman itu dikongsikan seorang pengguna Facebook, Zul Ikmal pada ‘page’ Saujana Utama, Sungai Buloh di platform berkenaan. Pada video tersebut, ...…

Piala Sumbangsih: JDT cipta rekod dunia, 109 perlawanan tanpa kalah

ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengganas apabila mencipta sejarah baharu bola sepak dunia selepas menewaskan Kuching City FC 3-0 dalam aksi Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam ini. Lebih manis, kemenangan bergaya itu menyaksikan Harimau Selatan mencatat 109 perlawanan tanpa kalah, sekali gus memadam rekod 108 perlawanan milik kelab ... Read more The post…

Sukma 2026: Selangor mengganas kutip empat emas BMX

PETALING JAYA – Selangor terus mengganas apabila menyapu bersih empat pingat emas BMX dalam acara flatland dan park lelaki serta wanita pada Sukan Malaysia (Sukma) Selangor 2026 di Xtreme Park MBPJ, di sini, hari ini. Penguasaan tuan rumah bermula dalam acara Park lelaki apabila Muhammad Khaidir Idzham Abdul Haqq tampil cemerlang untuk meraih emas, sekali ... Read more The post Sukma 2026:…

[VIDEO] Mak meninggal kanser bulan Mei, ayah lemas pagi tadi

PETALING JAYA – Dua beradik yang kehilangan kasih sayang ibu pada Mei lalu, diuji sekali lagi apabila bapa mereka pula ditemukan lemas di Sungai Pahang, pagi tadi. Kisah dua beradik yatim piatu tersebut, Nurul Izni Zafirah Muhamed Hanifa, 17, dan adiknya, Muhamad Aif Izzuddin, 13, mendapat perhatian Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf ... Read more The post [VIDEO] Mak…

Aaron-Wooi Yik galas cabaran ke final

PETALING JAYA – Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik kini menjadi sandaran Malaysia untuk memburu tiket final Kejohanan Badminton Dunia 2026 selepas mara ke separuh akhir di Stadium Tertutup Indira Gandhi, New Delhi, sebentar tadi. Juara dunia 2022 itu tidak berdepan masalah untuk menyingkirkan wakil China, Hu Ke Yuan-Lin Xiang Yi menerusi kemenangan ... Read more The post…

Anwar, delegasi tiba Brunei hadiri ALC ke-27 esok

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Bandar Seri Begawan bagi menghadiri Rundingan Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei Darussalam Ke-27 (ALC-27) yang berlangsung esok. Ketibaan Anwar bersama delegasi Malaysia disambut Duli Yang Teramat Mulia (DYTM), Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan isteri, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam. “Alhamdulillah,…

Malaysia, Thailand perkukuh kerjasama TVET, industri halal

PETALING JAYA – Malaysia dan Thailand terus memperkukuh kerjasama dua hala menerusi penerokaan peluang dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta industri halal. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu antara yang dibincangkan ketika menerima kunjungan hormat Timbalan Gabenor Wilayah Trang, Thailand, Pol. Capt. Anan Boon-Samran…

Yong Choh sihat, bakal dilepaskan ke habitat asal

TANJUNG MALIM – Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Sungkai di sini mencipta sejarah apabila bakal melepaskan seekor harimau belang betina yang dinamakan Yong Choh ke habitat asal iaitu kawasan hutan tebal pada awal bulan depan. Menurut Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup, tujuan NWRC ialah haiwan yang berada dalam ... Read more The post Yong Choh…

Beli telur burung puyuh online, sampai-sampai menetas

JAKARTA – Seorang wanita yang membeli telur burung puyuh secara online di Indonesia terkejut apabila menerima bungkusan berisi anak burung baru menetas, lapor portal berita Lambe Turah. Rakaman video dimuat naik di platform Thread oleh akaun @ayu_ocha_wahyuni menunjukkan wanita itu membuka bungkusan yang baru diterima. Selepas dibuka, dia terkejut apabila beberapa ekor anak burung berjalan ...…

[VIDEO] Barang kemas setengah juta lesap dilarikan empat lelaki

KUANTAN – Dengan bersenjatakan parang dan dipercayai ‘pump gun’, empat lelaki menyamun sebuah kedai emas di Taman Pandan Damai di sini petang tadi melarikan barang kemas bernilai kira-kira RM500,000. Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati kejadian kira-kira pukul 2 petang itu melibatkan empat lelaki yang memakai pelindung ...…

Kanser serviks, jangan tunggu hingga terlambat

Kanser serviks bukan lagi penyakit yang hanya menyerang wanita berusia. Ia sering bermula secara senyap. Kegagalan menjalani saringan dan menganggap pendarahan tidak teratur sebagai kesan stres atau membiarkan perubahan luar biasa pada kitaran haid. Bagi kebanyakan wanita Malaysia, tanda-tanda amaran awal inilah yang sering diabaikan sehinggalah penyakit tersebut melarat. Dahulu, penyakit ini…

‘Suami nampak selekeh bukan sebab isteri tak pandai jaga’

PETALING JAYA – Pelakon Anzalna Nasir menegaskan setiap pasangan, suami atau isteri lebih tahu urusan dalaman rumah tangga masing-masing berbanding orang luar yang hanya tahu mengecam tanpa usul periksa hanya dengan menilai dari sudut penampilan. Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md. Nasir, 38, menjelaskan penampilan isteri serta anak-anak mungkin sedikit sebanyak mencerminkan perhatian dan…

PMX balas komen murid panggil ‘Uncle Anwar’

PETALING JAYA – “Teringin nak pergi, tapi maaf hari Sabtu saya di Brunei.” Demikian reaksi balas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di aplikasi Threads apabila beliau menerima satu jemputan sempena Hari Usahawan Cilik dari seorang murid di Al Sakeenah Learning Centre di Subang Jaya. Menerusi komen balas itu juga, Perdana Menteri turut mendoakan agar ... Read more The post PMX balas komen…

Hobi jahit bawa Cik Ning ke pasaran luar negara

Bermula sekadar hobi untuk mengisi masa lapang selepas meninggalkan kerjaya dalam sektor perbankan, siapa sangka minat menjahit Noraini A. Ghani, 47, akhirnya berkembang menjadi perusahaan kraf yang kini mula menembusi pasaran luar negara. Noraini atau lebih mesra disapa Cik Ning berkata, keputusan meninggalkan kerjaya pada 2015 dibuat bagi memberi tumpuan kepada keluarga, selain mahu mengisi ...…

Jururawat lelaki maut, Honda CBR rempuh treler

REMBAU – Seorang jururawat hospital swasta di ibu negara maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar bahagian belakang sebuah treler di Kilometer 228.4, Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) di sini tengah malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 12.14 tengah malam itu, mangsa, Muhammad Aqil Mohammad Zaki, 25, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di bahagian ... Read more…

Kami pertaruh nyawa, jangan persia kemerdekaan – Veteran tentera

ARAU – Selepas puluhan tahun mempertaruhkan nyawa menentang pengganas komunis dan menyertai misi di Somalia, seorang veteran tentera terkilan apabila masih ada pihak yang sanggup memperlekehkan erti kemerdekaan serta simbol negara. Syukri Abdullah, 71, berkata, keamanan yang dikecapi rakyat Malaysia hari ini bukan datang dengan mudah, sebaliknya dibayar dengan darah, air mata dan nyawa anggota ...…

Sindiket ‘love scam’ guna rumah mewah, 21 individu ditahan

PETALING JAYA – Sindiket penipuan dalam talian yang menyasarkan mangsa luar negara terbongkar selepas Jabatan Imigresen (JIM) menahan 21 individu dalam operasi khas di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan Nilai, Negeri Sembilan, kelmarin. Operasi bermula kira-kira pukul 5.55 petang itu dilaksanakan hasil maklumat awam serta risikan selama sebulan oleh Bahagian…

Enfiniti panggil saya jadi Hang Tuah, bukan penjual tiket – Aqasha

PETALING JAYA – Seolah-olah memberi bayangan dirinya terganggu pertanyaan orang, pelakon Aqasha menegaskan tugasnya dalam pementasan Puteri Gunung Ledang The Muzikal (PGLM) adalah menghayati watak Hang Tuah dengan memastikan dialog dihafal sebaik mungkin, bukan menguruskan hal penjualan tiket. Aqasha atau nama sebenarnya, Akassya Rosli, 43, berkata, dia menghargai sokongan ramai terutama yang…

Sukma 2026: WP raih pingat emas bersejarah

SKUAD badminton Wilayah Persekutuan (WP) memastikan pingat emas pertama dalam acara badminton berpasukan lelaki sepanjang sejarah penyertaan di Sukan Malaysia (Sukma) selepas menjadi juara bagi edisi 2026. Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam semalam, skuad Wilayah Persekutuan tidak berdepan tugas sukar apabila mencatat kemenangan 3-1 ke atas Pulau…

Sambutan merdeka berjalan lancar, 80,000 dijangka hadir

PUTRAJAYA – Lebih 80,000 pengunjung dijangka membanjiri Dataran Putrajaya sempena Hari Kebangsaan 2026 dengan persiapan kini mencapai 85 hingga 90 peratus. Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah berkata, persiapan membabitkan pelbagai peringkat termasuk latihan statik semua kontinjen telah mula dilaksanakan sebagai persediaan menghadapi sambutan yang bertemakan ‘Malaysia…