Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) bersama Wildlife Crime Bureau / Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman telah melaksanakan operasi bersepadu penguatkuasaan di beberapa premis ikan hiasan sekitar Jalan Pudu, Kuala Lumpur bagi membanteras penjualan spesies ikan larangan. Hasil pemeriksaan mengejut yang melibatkan 42 anggota penguat kuasa, pelbagai spesies ikan…
Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Perikanan Malaysia telah mengadakan hari terbuka sumber manusia yang berlangsung selama 2 hari pada 16 julai 2025 sehingga 17 Julai 2025 bertempat di Dewan Arowana, Wisma Tani. Hari Terbuka ini bertujuan untuk memberi peluang kepada penjawat-penjawat awam yang berkhidmat di Jabatan Perikanan Malaysia untuk membuat semakan Buku Perkhidmatan Kerajaan di samping…
YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke Projek Penternakan Ikan Sangkar milik Dato’ Goh Cheng Liang, yang diusahakan melalui Oceanic Aquaculture Venture Sdn. Bhd terletak di Pulau Jerejak. Projek ini telah beroperasi sejak tahun 2013 dan kini mengusahakan lebih daripada 320 sangkar, dengan fokus kepada ternakan ikan […] Halaman…
Program Kesedaran Spesies Ikan Asing dan Pertandingan “Moh! Tangkap Baung Ekor Merah” anjuran Jabatan Perikanan Negeri Pahang hari ini telah berlangsung di Pekan Riverfront, Pahang. Program ini merupakan antara inisiatif berterusan Jabatan dalam usaha meningkatkan kesedaran awam mengenai ancaman spesies ikan asing invasif terhadap ekosistem perairan darat negara. Majlis Perasmian Penutupan program…
YBhg. Dato’ Haji Adnan bib Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, telah menghadiri majlis peluncuran laporan interim banci pertanian 2024 yang telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bertempat di MAEPS, Serdang, Selangor. Banci Pertanian 2024 yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan…
Seramai 784 graduan telah menerima sijil dan diploma pada Majlis Konvokesyen Pertanian bagi tahun 2025 yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) hari ini. Majlis konvokesyen ini adalah untuk meraikan para pelatih tahun 2024 yang telah menamatkan pengajian di Institut […] Halaman…
Jabatan Perikanan Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang diketuai YBrs. Prof. Madya Dr. Seri Intan Mokhtar, Dekan Fakulti Industri Asas Tani di Jabatan Perikanan Malaysia, Wisma Tani hari ini. Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan potensi kerjasama aktiviti yang boleh dilaksanakan secara bersama serta cadangan untuk mewujudkan…
YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah hadir ke Pangkalan Perlindungan Sumber Bandar Hilir, Melaka bagi menyempurnakan majlis penyerahan sebuah bot peronda 10 meter baharu untuk Jabatan Perikanan Malaysia. Jabatan Perikanan Malaysia terus komited memastikan perairan taman laut kekal selamat dan bebas daripada aktiviti perikanan haram. Penyerahan bot…
YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, telah menyempurnakan Majlis Aspresiasi Jabatan Perikanan Malaysia 2025 di Sama-Sama KLIA Hotel, Sepang. Majlis ini diadakan bagi meraikan kejayaan 187 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2024 atas komitmen mereka dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan dan 51 pesara serta bakal…
Jabatan Perikanan Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Institut Maritim Malaysia (MIMA) yang diketuai YBhg. Dato’ Mohamed Suffian Awang, Pengerusi MIMA di Jabatan Perikanan Malaysia, Wisma Tani hari ini bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan senario perikanan di Malaysia. Antara perkara-perkara yang dibincangkan meliputi aspek pengurusan sumber perikanan, kelestarian…